Monday, June 15, 2020

Surat Tengku Besar Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.48) berkaitan dagangan gambir dan senjata (Selasa, 8 Ramadhan 1203 / 2 Jun 1789)

Bismillah al-rahman al-rahim

Bahawa ini surat tulus dan ihlas  serta suci putih hati dan dipesertakan dengan puji pujian tiada berhingga dan masa selagi ada nubah  peredaran cakerawala nur al-shams wa al-qamar iaitu daripada Tengku  Besyar  maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala Tuhan rab al-‘arsy al-‘azim wa al-jinab  al-karim wa al-ka’bah al-salim juga apalah kiranya datang kepada sahabat kita kapitan yang duduk dengan istirahat al-khair yang memerintah dalam negeri Pulau Pinang Darul Salam yang beroleh pangkat martabat kebesaran dan darjat yang kemuliaan serta beroleh pangkat yang ketinggian iaitu daripada Tuhan sarwa sekalian alam serta pulak kelakuan yang lemah lembut daripada menunjuki jalan yang kebaikan atas segala sanak saudara dan sahabatnya yang qarib wa al-ba’id adalah seumpama kayu di tengah padang lagi rampak  dahannya rimbun dahannya yang boleh menaungi segala hamba Allah yang kepanasan dan lagi murah iaitu menolongi sahabatnya yang kesakitan maka masyhurlah warta yang ihsan pada tiap2 negeri timur dan barat maka kita pun mendengar khabar yang demikian maka kita pun terabit  asyik dan berahi tiada menaruh lupa dan lalai serta tiada halai  daripada pantau hanya mendengar budi pekerti sahabat kita daripada siang dan malam wa ba’dah 

daripada itu barang mafhum mafhumi apalah kiranya sahabat kita maka adalah kita melayangkan warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas dengan tiada sepertinya kepada sahabat kita menyatakan daripada perkara itu maka adalah kita menyuruhkan Nakhoda Bagus  sebuah perahu kepada sahabat kita membawa gambir ada sedikit orangnya ada tiga puluh empat orang dan dan  meriam besi ada dua dan lela satu dan senapang Melayu dua belas dan senapang kompeni dua dan pemuras ada tiga dan peluru besyar  kecil ada seribu dan ubat bedil ada sepikul syahad  daripada itu jikalau ada sakit sukarnya Nakhoda Balus  melainkan kita minta tolong juga kepada sahabat kita berbanyak2 kepada sahabat kita akan tetapi kita ada kurang modal melainkan sahabat kita juga akan menolong kita melainkan harab  juga akan tolong sahabat kita suatupun tiada tanda hayat daripada kita hanyalah dua bungkus enam tepek  banyak tepeknya intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam kepada hari Salasa  kepada delapan haribulan Ramadhan sanah 123

No comments:

Post a Comment