Maka asal orang duduk di Bernam itu orang di dalam negeri Kedah ini masa ada hayat paduka marhum maka anak paduka marhum perempuan bernama Tunku Long bersuami akan Cik Onong Raja Bugis ipar pada Raja Selangor tuha bapa saudara pada Raja Selangor yang ada ini maka Raja Bugis itu beranak dengan Tunku Long seorang perempuan bernama Raja Bunga
maka Raja Bunga itu bersuami akan Raja Ngah keduanya itu cucu paduka marhum maka Raja Ngah muafakat dengan Raja Bunga disuruh panggil Raja Aji dan Raja Selangor dan Raja Sa’id di dalam ghaib pinta tolong rebut ambil kerajaan paduka marhum dengan kekerasan dirinya buat keraja derhaka lawan paduka marhum berperang Raja Ngah itu hendak jadi Raja di negeri Kedah ini menurut kehendak Raja Ngah dan Raja Bunga itu maka sampai mari Raja Aji dan Raja Selangor dan Raja Sa’id bawa perahu kelengkapan hendak masuk ke kota kuala ini maka ditahan oleh paduka marhum tiada diberi masuk mari maka segala perahu Raja2 Bugis itu berhenti di laut Kuala Tebengau dilawan paduka marhum berperang maka tiba2 tiada diketahui paduka marhum maka Raja Ngah pergi sambut ambil Raja2 Bugis itu curi bawa masuk ke Kota Setar ini maka jadi gemparlah segala menteri pegawai hulubalang isyi negeri ini sekalian pergi mendapatkan paduka marhum di Jeram maka disuruh paduka marhum kepung keliling Kota Setar itu maka jadi berperanglah ada tiga empat belas hari maka Raja2 Bugis itu pinta aman kepada paduka marhum sorang damai ajak muafakat bersetia perbuat surat janji taruh tiada perbuat khianat dengan sumpah maka paduka marhum pun turutlah jalan kebajikan pandang anak dan cucu akan kedua sama Islam maka diturut kehendak Raja2 Bugis itu tatkala sudah muafakat Raja2 Bugis itu hendak pulang pergi ke Selangor maka Raja Ngah dan Raja Bunga serta adik kakaknya dan temannya takut dan menaruh malu akan paduka marhum hendak tinggal di negeri Kedah ini maka ia apa hendak pergi bersama2 Raja Bugis itu maka dimaklum Raja Aji kepada paduka marhum segala raja2 hendak turut dirinya itu maka titah paduka marhum turut kesukaan anak Raja2 itu pada hamba pun anak cucu dan pada pengiraan pun anak cucu juga itulah jadi pergi maka sampai ke Kuala Bernam oleh Raja Ngah dan Raja Bunga tiada mau pergi ke Selangor masuk duduk dalam Sungai Bernam maka berapa lama duduk di Bernam itu mati Raja Bunga itu maka mari pula Raja Ngah masuk ke dalam Sungai Perai itu rebut ambil perbuat kubu hendak berperang ambil negeri Kedah buat derhaka pula maka muafakat menteri pegawai bawa hulubalang rakyat pergi kepung ambil Raja Ngah itu bawa mari taruh pelihara dengan kehendak Tuhan sarwa alam Raja Ngah itu sakit lalu mati maka tinggal saudaranya di Bernam nama Raja Bisnu tatkala didengarnya Raja Ngah sudah boleh diambil menteri pegawai bawa ke Kedah maka Raja Bisnu dengan segala temannya lari tinggal tempat Bernam itu pergi duduk di Selangor maka datanglah penyuruh Raja Melaka iaitu Raja Muhamad ‘Ali dan Sa’id ‘Ali pukul negeri Selangor itu maka Raja Selangor itu lari pergi ke sebelah darat maka Raja Bisnu serta temannya lari pulang duduk di Bernam maka peninggal Sa’id ‘Ali pulang ke negeri Siak mari Raja Selangor rebut ambil negeri Selangor itu maka orang Belanda itupun pulang ke Melaka maka Raja Bisnu dengan temannya pun lari jadi pecah belah maka Raja Bisnu itu dengar khabar adik kakaknya mari ke Kedah ini tiada apa diperbuat akan dia maka ia pun langsung pulang mari ke Kedah itulah asal orang itu diperbuat surat sejarah ini pada sanah 1201 tahun2 Zai pada lima haribulan Jamadil Awal hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment