Saturday, June 13, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.41) berkaitan masalah di Aceh (Isnin, 6 Muharam 1203 / 6 Oktober 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang ialah yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat antara Selangor dengan Pulau Pinang makin lama terlebih mahabat serta sayang supaya kekallah selama lamanya dengan masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

kemudian daripada itu akan hal seperti surat daripada sahabat kita yang yang dibawa tersebutlah di dalamnya jikalau kita masuk bicara Raja Aceh jadi susahlah segala orang Aceh pun kecil hati kepada kita sekarang manalah boleh kita katakan begitu begini kerana dianya punya sak  dengan dia punya negeri baik dilepaskannya baik tiada dilepaskannya orang banyak ke negeri sebelah timur ini manalah boleh kita ketahui dengan dia punya negeri serta dengan rakyatnya dengan perintahnya sekarang jikalau kita merosakkan orang Aceh atau membuat khianat kepadanya bolehlah orang kecil hati kepada kita sekarang suatu pun tiada apa perbuatan kita kepada orang2 Aceh tersurat kepada enam hari bulan Muharam hari Isnin waktu pukul sepuluh siang hari intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanat 1202

No comments:

Post a Comment