Qadiy al-hajat
Bahawa inilah surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan selama lagi ada cakerawala matahari dan bulan dan iaitu daripada Tuan Sayid Husain Aidid barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya datang kepada sahabat beta Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang masyhur bijaksana berkasih kasihan pada menolong handai taulan qarib dan ba’id wa ba’d
kemudian dari itu akan hal surat tuan yang di bawah Kapitan Setur telah sampai kepada hamba dengan selamatnya maka hamba pun segeralah mau beri tahu raja hendak berlayar maka katanya baiklah maka hamba pun bersiab hendak bermuat kemudian datang tegah kata raja janganlah tuan berlayar dahulu kerana negeri tengah perang maka pun minta dirujuk sampai dua tiga hari bicara tiada juga boleh lepas dan Kapitan Setur tau juga bicara semuanya boleh tuan nyatakan khabarnya apatah akal hamba jikalau ada kasih sayang tuan lagi kepada hamba kemudian barang sebulan lagi tuan suruh datang kapal melihat hamba jikalau boleh hamba hendak datang juga ke Pulau Pinang mendapatkan tuan adanya dan lagi tuan tolong jikalau ada jadi kapal pakai ke Sambas Sayid Muhamad dengan kerani Mahyuddin biarlah pergi sama2 boleh menerima piutang yang tinggal di Sambas itu dan lagi ada hamba suruh ambil pada Kapitan Setur rial lima ratus di Teluk Semawi kepada Teuku Muda Muhamad Sa’id jikalau sudah dia terima sampai ke Pulau Pinang tuan ambil kepada tuan taruh demikianlah adanya
dan lagi ada khabar2 hamba pesan pada Kapitan Setur tuan tanya padanya tamat tersurat pada sepuluh hari bulan Zulhijah sanah 125 dan lagi akan hal rumah itu tuan suruh kerjakan juga jangan tiada maka suatu pun tiada alamat al-hayat hanya kain Aceh empat helai dan kambing empat ekor minta maaf banyak2
No comments:
Post a Comment