Wednesday, June 17, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.51) berkaitan hutang dan masalah jualan timah tanpa kebenaran (Rabu, 20 Zulhijah 1201 / 3 Oktober 1787)

Al-Shams wa al-qamar

Warkat al-ikhlas tanda suci putih hati daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Selangor datang kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang Darul Aman ialah yang amat arif memeliharakan sahabat bersahabat antara Selangor dan Pulau Pinang maka masyhurlah warta ihsannya tiap2 negeri yang lain wa ba’dah

kemudian daripada itu adalah kita menyuruhkan Abdullah mendapatkan sahabat kita minta terimakan piutang Nakhoda Madik  kepada Raja Lela Muda yang duduk di dalam negeri Perai banyaknya enam ratus tujuh puluh ringgit perahu sebuah harganya seratus ringgit kita minta tolong sebolehnya2 kepada sahabat kita sebagai lagi ada piutang kita kepada Nakhoda Rasul2 di Kuala Muda empat ratus ringgit itupun kita minta terimakan juga kepada sahabat kita sebolehnya2 dan sebagai kita minta senapang empat pucuk berikan kepada Abdullah sebagai jikalau ada orang membawa timah kepada sahabat kita jikalau tiada cap kita terima oleh sahabat jangan dibayar harganya kerana larangan kita maka kirimilah kita surat jikalau sahabat tanda suci putih hati kepada kita tersurat kepada dua puluh hari bulan Haji hari Arba’ waktu jam pukul empat siang hari intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanah 1201

No comments:

Post a Comment