Al-Shams wa al-Qamar
Ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan berkeputusan daripada kita Maulana Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifat al-Rahim Johan Berdaulat Zillullah fi al-‘Alam yang di atas singgahsana kerajaan dan kebesaran dalam negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya pada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada hal jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan antara kita kedua pihak ini akan menjadi kebajikan di atas negeri maka masyhurlah khabarnya pada masyriq dan maghrib menolongi hamba Allah yang kesakitan pada ketika zaman ini sahabat kita Gurnador berbuat baik
syahadan kemudian daripada itu maka adalah kita memberi tabik pada sahabat kita menyuruhkan Raja Bayang dan Raja Lela Sutan mari pada sahabat kita ada empat lima enam buah perahu pada sahabat kita ke Pulau Pinang ini kita minta tolong bicarakan beras pada sahabat kita Gurnador jikalau ada boleh lima enam hari ini juga sahabat kita suruhkan Raja Bayang dan Raja Lela Sutan ini pulang mari pada kita oleh kerana kita tengah kesakitan kurang belanja beras dan lagi jikalau ada sakit sukarnya Raja Bayang dan Raja Lela Sutan serta teman2nya itu sahabat kita tolong perbelakan daripada segala bakinya dan jual belinya semuanya itu dengan tolong sahabat kita juga daripada sekalian bakinya dengan berkat Tuhan sarwa sekalian alam sahabat kita Gurnadorlah yang kita harab tiada dua tiga lagi harapan kita di Pulau Pinang ini ahwal maka suatu pun tiada apa burhan al-ikhlas daripada kita hanyalah timah tiga biji keping tiada dengan sepertinya tanda harab juga adanya kita minta terima dengan suka hati intaha al-kalam pergi surat pada hari Jumaat tiga belas hari bulan Muharam tahun dal akhir sanah 12002
Ini sembahkan Gurnador kepada Duli Yang Dipertuan sudalah sampaikan alah Tuan Sayid jadi sahabat kepada kita kain Kemuka sekayu
No comments:
Post a Comment