Wednesday, June 10, 2020

Surat Tengku Muda kepada Francis Light (MS 40320/11, f.25) berkaitan kelasi inggeris yang dipulangkan kepada Francis Light (Khamis 23 1208 / 1793/1794)

Qawluhu al-Haqq

Surat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta suci putih hati iaitu daripada Tengku Muda barang disampaikan Tuhan ‘Arsil  ‘Azim apalah kiranya datang kepada sahabat kita Senyur Gurnador mempunyai perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang 

barang mafhumlah kiranya sahabat kita ada o  orang Inggeris rosak didapatut  oleh ilanun kelasi sembilan orang orang putihnya sorang hendak dijualnya maka beta dengar kata itu orang putih Gurnador itu bapa mudanya sebab itulah maka kita minta kepada ilanun kemundian  daripada itu kita suruhkan Panglima Syamsu mengantarkan kepada sahabat kita Senyur Gurnador kemundian  daripada itu ada orang kita Haji Sulaiman namanya hendak naik haji serta sampai ke Pulau Pinang sakit lalu mati sekarang hartanya ada kepada Penggawa Abdul Rahman kemundian  jikalau ada tulus dan ikhlas sahabat kita Senyur Gurnador kita minta tolong bayarakan  itu pun jikalau patut kepada sahabat kita jikalau tiada patut apa manakala kepada kita kemundian  jikalau ada bayara  Panglima Samsu  kita minta tolong kepada sahabat kita kerana dia kita suruhkan menugu  orang Raden Muhamad sab  Latif namanya namanya intahil  kalam tesurat  kepada tiga likur hari bulan kepada hari Khamis waktu asar sanah 1208 21

No comments:

Post a Comment