Monday, June 22, 2020

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.61) berkaitan pembelian opium, senapang, pemuras dan jualan timah (21 Jun 1787)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih iaitu daripada Raja Muda yang memerintah di bawah perintah raja di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa semesta sekalian alam kepada sahabat Gobernor yang ada istirehat memerintah di dalam bandar kota negeri Pulau Pinang ialah yang telah masyhur mengasih anak dagang yang masuk keluar yang datang dari barat dan yang datang dari timur amma ba’du 

daripada itu akan ahwal adalah kita suruh Nakhoda Ahmad membawa surat kita kepada sahabat kita minta tolong utang  dagangan seperti opiun  dan senapang kompeni barang dua puluh pucuk dan pemuras tembaga barang dua pasang dan batu senapang barang lima ratus dan lagi dagangan yang lain yang patut kepada Nakhoda Ahmad itu dan lagi ada timah sedikit kita suruh jual ahwal adanya suatu pun tiada alamat al-hayat kepada sahabat kita ada timah empat buku dan lagi kita beri khabar kepada sahabat kita akan hal negeri Riau sudah diambil Raja Ali kembali ahwal adanya dan jikalau mau sahabat kita menolong serta mau nakhoda itu hingga tengah dua ribu pun sahabat kita berikan jua kepada dia tamat al-kalam tersurat kepada malam Jumaat jam pukul sembilan

No comments:

Post a Comment