Qawluhu al-Haqq wa lahu al-Mulk
Surat kasih serta sayang yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara datang kepada sahabat beta To’ Gurnador yang telah termasyhur gah kepujian pada segala negeri sebelah timur dan barat lagi arif bijaksana sangat pandai memerintah laut dan darat dan membela segala dagang senteri daripada hina dan mulia
ahwal maka adalah masa cunda Long Ismail balik dari Pulau Pinang nyatalah segala khabar dan pesan sahabat beta kepada beta menyatakan ikhlas putih hati sahabat beta seperti keadaan sedia lama tiada berubah2 bertambahlah kesukaan hati beta menengar perkataan suci hati sahabat beta menyatakan fitnah orang kata cunda ini Long Ismail hendak pergi berbuat kerja kejahatan di atas sahabat beta maka sahabat beta pun tiada percaya akan kata2 orang hendak mencederakan perintah sahabat beta berkasih kasihan dengan beta itu demikian lagi jika ada sesuatu perkataan yang tiada memberi kebajikan antara beta dan sahabat beta sesungguhnyalah tiadalah patut sahabat dengarkan kata orang jahat2 itu kerana zaman sudah akhir sahabat beta pun lebih tahu perintah kata2 orang Kedah sehari2 ini jika boleh jadi kesukaanlah padanya mengurangkan ikhlas antara beta dan sahabat beta itu sebab nyata masyhur banyak kasih sahabat beta akan beta dan akan cunda ini daripada sahabat beta diberi Tuhan alam teras akal sempurna segala kira bicara jadilah tiada sahabat beta menaruh percaya akan perkataan fitnah orang itu serta dinyatakan rupa fitnah itu kepada cunda itu serta sahabat beta menyatakan ikhlas kasih dan sayang akan cunda itu disuruh Long Ismail perbuat juga tempat berniaga di Pulau Pinang boleh cunda itu berulang pergi mari pada sahabat beta jadi bertambah2 besarlah hati beta boleh dengan penolong sahabat beta tumpang berniaga cahari faedah melepaskan belanja sedikit2 itupun kasih sahabat betalah akan cunda itu kerana di dalam negeri ini sudah nyata pada sahabat beta tiada perniagaan yang boleh jadi faedah hendak melepaskan belanja maka inilah cunda ini pindahkan syaudagar Merikankandu dengan anak cucunya beri pergi duduk pada sahabat beta tumpang berniaga jual beli sedikit banyak itupun pinta dengan penolong sahabat betalah memberi perniagaan akan Merikankandu ini yang jadi faedah atas kadarnya serta di tolong segala hal ahwal Merikankandu dengan anak cucunya itu kiriman betalah pada sahabat beta segala pesan dan khabar daripada beta telah nyatalah pada Merikankandu ini ahwal inilah beta nyatakan perbuat surat dua likur bulan Syawal hari Selasa tamat
No comments:
Post a Comment