Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang tiada berkeputusan dan mahabah yang tiada berkesudahan wa al-sa’ah wa al-zaman yang tiada bertirai dan hijab di dalamnya iaitu daripada Raja Muda yang memerintahkan sekalian perkerjaan di bawah singgasana tahta kerajaan Yang Dipertuan Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kehadapan sahabat kita Senyur Gobernor Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan perintah kemuliaan di dalam bandar negeri yang makmur dan lagi masyhur wartanya yang baik daripada sekalian sahabat handai yang qarib dan yang ba’id dan kemurahan pada mengembirakan setia dan ihsan lagi sangat mengasihani akan dagang yang miskin barang tetab kiranya sahabat kita di atas kebesaran dan kemuliaan dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran matahari dan bulan dengan cahayanya jangan kiranya diberi berkeputusan kasih berkasihan pada antara kita kedua barang sentosa jua adanya wa ba’dah
daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan ahwal kita menyatakan kehadapan sahabat kita dari kepada perkara ada orang kita hendak pergi haji lima orang maka kita suruhkan ke Pulau Pinang mendapatkan sahabat kita melainkan kita minta tolong kepada sahabat kita jikalau ada kapal pergi ke Judah atau ke Muha kapal Inggeris kita minta tolong tumpangkan dia oleh sahabat kita seboleh bolehnya sahabat kita tolong juga akan kita menumpangkan dia itu jikalau tiada kapal pergi ke Judah dan ke Muha meski kapal pergi ke Koching pun sahabat kita tumpangkan juga jikalau kapal Inggeris kemudian maka harablah kita akan tolong daripada sahabat kita akan dia menumpangkan kepada kapal yang baik serta dengan kita petaruhkan dia kepada sahabat kita sahadan jikalau sahabat kita tumpangkan dia melainkan sahabat kita hendaklah beri dengan tapak tangan daripada sahabat kita akan dia akan jadi tanda orang kita serta dengan tanda sahabat kita menolong dia barang di mana dia bertemu dengan orang Inggeris maka ditunjukkannya tanda sahabat kita maka dapatlah ditolongnya akan dia daripada sebab tanda sahabat kita dilihatnya tapak tangan daripada sahabat kita supaya segera dia daripada perjalannya kerana dia orang miskin jangan dia menawan segenap negeri kerana kekurangan daripada hal belanja kita ampunya tabik banyak2 kepada sahabat kita intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam
Tersurat kepada sehari bulan Jamadil Awal hari Selasa waktu Zohor kepada tarikh sanah 1206
No comments:
Post a Comment