Saturday, June 20, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.57) berkaitan pembelian beras (Jumaat, 21 Rabiul Awal 1203 / 19 Disember 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan makin lama terlebih mahabatnya dengan segala taulan handai qarib wa al-ba’id telah masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

kemudian daripada itu maka adalah kita memberi surat kepada sahabat kita serta kita pintak tolong bicarakan beras barang sepuluh koyan atau delapan koyan jikalau ada boleh sahabat kitalah punya bicara suruh hantarkan ke Selangor dengan sebuah sulab di dalam bulan ini juga telah haraplah kita akan adanya beras itu intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tersurat kepada selikur hari bulan Rabiul Awal hari Jumaat waktu jam pukul delapan siang hari tarikh sanat 1203

No comments:

Post a Comment