Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini surat tanda tulus dan ikhlas serta cuci hati yang putih itu daripada Duli Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan Allah Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘Azim apa kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang bertambah2 ‘izzat dan sa’adat di dalam negeri dunia ini selagi ada perkisaran cakerawala shams wa al-qamar thabit adanya amin thumma amin wa ba’dah
kemudian daripada itu akhwal surat yang dibawah Nakhoda Jauhar itu sampailah pada kita dengan sempurnanya maka segala yang tersebut dalamnya itu fahamlah kita segenap perkaranya kemudian daripada itu akan hal surat dibawah oleh Kapitan Han itu sampailah pada kita dengan sempurnanya maka segala yang tersebut dalamnya itu fahamlah kita sahadan kemudian daripada itu akan hal akhwal utang kita kepada Kapitan Uwilson itu seribu lima ratus tiga puluh ringgit sudah kita serah beri kepada Kapitan Uwilson tujuh ratus empat puluh tengah tiga ringgit banyak bahara timahnya tengah tujuh belas bahara kemudian daripada itu yang selebihnya dan daripada itu sudah kita serah beri kepada Kapitan Han tengah delapan belas bahara timah waktu kepada empat hari bulan Rejab kepada hari Khamis waktu duha dewasa melainkan sahabat kita terimalah akhwal inilah kita maklumkan izzat bertambah2 sahabat berbuat surat kepada empat hari bulan Rejab pada hari Khamis tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment