Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini warkat al-ikhlas tulus serta dengan ikhlasnya yang dihiasi dengan beberapa puji pujian nur al-samawat wa al-ard lagi suci putih hati yang tiada berhingga hening jernih yang tiada berketika selagi ada bulan dan matahari siang dan malam pagi dan petang tiadalah bernama lupa dan lalai akan wajah yang persih cahaya yang cemerlang iaitu daripada Yang Dipertuan Raja di laut yang ada berhenti di dalam Batu Bahara Darul Salam yang amat miskin da’if lagi tiada mepunyai daya dan upaya serta dengan bebelnya iaitu barang disampaikan Tuhan ‘Aziz al-Ghaffar wa ‘allam al-sattar apalah kiranya dengan sejahteranya datang kepada wajah al-mukram sahabat kita Senyur Guranador Dewa Raja yang telah istirahat al-khair bertakhta kerajaan memerintah di dalam kota negeri Pulau Pinang Darul Khusus yang beroleh pangkat dan darjat kebesaran dan kemuliaan serta sihat dan afiat lagi bertambah2 arif ceradik bijaksana daripada melakukan berkasih kasihan dengan segala sahabat handai taulannya yang qarib wa al-ba’id dan setiawan serta adil dengan murahnya daripada memeliharakan sekalian anak dagang yang miskin maka masyhurlah nama sahabat kita kepada sekalian negeri barat dan timur maka sekaliannya mengucap syukur kepada Tuhan ‘Azza wa Jallah daripada mengenangkan budi dan bahasa sahabat kita kemudian maka kita pohonkan kehadrat Tuhan Rab al-‘alamin barang bertambah2 juga kiranya martabat yang ketinggian ikhtiar yang kebajikan serta kekal karal ‘ala al-dawam sentiasa di dalam perintah yang sempurna amin thumma amin wa ba’dah
daripada itu barang takrif al-muta’arrifin kiranya sahabat kita akan hal seperti kapal Kapitan Maris yang dihamuk oleh tandilnya dan serangnya dan seganinya kemudian maka dibawaknya ke Batu Bahara maka tahulah orang besar2 kita akan ahwal kapal itu maka diambilnya kapal itu kerana adat lembaga Melayu daripada zaman Johor baik sampailah sekarang ini barang di mana negeri barat dan timur yang menaruh undang2 hukum adat segala raja2 yang memegang jajahan suak sungai anak negerinya maka barang siapa orang yang mengamuk nakhodanya maka dibawaknya masuk ke negeri orang maka tentulah jadi pendapatan kepada orang yang punya negeri itu demikianlah adat yang kita pakaikan daripada dahulu sampai sekarang sampai kepada sekalian kantor kompeni sama juga adat itu demikianlah adanya kemudian maka kita pun datang ke Batu Bahara maka dipulangkan oleh segala Orang Besar2 kita kapal itu kepada kita di dalam kepada itu maka kita pun sangatlah hendak berkasih kasihan dengan sahabat kita di dalam niat kita hendak kita suruh antarkan kapal itu kepada sahabat kita maka Kapitan Uskut pun datang ke Batu Bahara maka bertemu dengan kita Kapitan Uskut itu maka kita serahkanlah kapal itu kepada tangan Kapitan Uskut kerana ia ganti sahabat kita yang datang ke Batu Bahara itulah sebabnya maka kita serahkan kapal itu kepada Kapitan Uskut itu demikianlah adanya takrif kiranya sahabat kita daripada jalan kita hendak berkasih kasihan dengan sahabat kita itulah sebabnya maka kita kirimkan kapal itu kepada sahabat kita kerana kita orang yang miskin lagi tiada berdaya melainkan harablah kita akan berkasih kasihan dengan sahabat kita kemudian daripada ini jikalau sudah kita berkasih kasihan melainkan yang mana patut kepada sahabat kita dengan kita maka kita perbuat adat yang baik sama suka sahabat kita dengan kita itulah yang kita perbuat supaya kita berkasih kasihan itulah adanya kemudian suatu pun tiada alamat al-hayat daripada kita kepada sahabat kita hanyalah kapal itu tanda berkasih kasihan tamat al-kalam maka perginya surat ini kepada dua puluh tujuh hari bulan al-Muharam kepada hari Arba’ kepada waktu duha
No comments:
Post a Comment