Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Syaudagar Nasruddin barang disampaikan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak sahabat dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut yang ada dengan istirahat al-khair dalam daerah Pulau Pinang barang bertambah2 kebesaran dan kemuliaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan serta dipanjangkan Allah umur usianya beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat hamba maka daripada hal Kapitan Long sahabat hamba beri mari serta dengan dagangan itu hendak suruh berlayar ke sebelah Sambas itu maka hamba ambil daftar daripada daripada Kapitan Long periksa macam dagangan dengan harganya maka hamba lihat harganya dengan dagangan itu maka tiadalah sampai hemat hamba hendak melepaskan kapal Kapitan Long itu pergi ke Sambas kerana harga dagangan itu terlalu tinggi lagi dengan sedikit dan dagangannya tiada patut ke sebelah Sambas dan seperti meriam itu tiada disuka oleh orang Sambas kerana pendek dan lagi melepaskan kapal pergi maka hal sedikit dagangannya dan belanja kapal besar maka pada hemat hamba tiadalah lepas belanjanya akhirnya rugi atas hamba dan sahabat hamba maka sebab itulah hamba tiada lepaskan kapal Kapitan Long pergi hamba pegangkan di Terengganu maka hamba menyuruh ke Pulau Pinang jalan darat membawak surat kepada sahabat hamba dan Dato’ Gurnador menyatakan ahwal itulah sudah dua bulan hamba suruh maka tiadalah datang jawabnya maka daripada hal dagangan itu hamba hendak jualkan dalam Terengganu pun tiada laku kerana sahabat hamba taruh harganya terlalu tinggi maka sebab itulah tiada hamba terima dagangan itu dari kapal maka adalah hamba ambil sedikit2 dagangan itu maka jualkan itupun hilang dalam seratus sepuluh lima belas rial rugi dan seperti harga belerang dalam Terengganu dua belas rial sebahara kerana banyak orang bawak dari Melaka dan seperti embalau dulapan sembilan rial sepikul kerana banyak orang bawak dari Kemoja dan Siam maka kemudian datang Kapitan Kerniki membawa surat daripada sahabat hamba dan Dato’ Gurnador minta suruh kapal Kapitan Long berlayar ke China maka muafakatlah hamba dengan Kapitan Kerniki dan Kapitan Long akan hal dagangan itu bagaimana halnya dalam kapal itu maka kata Kapitan Kerniki dan Kapitan Long akan hal dagangan itu baiklah ambil taruh di darat sementara datang jawab daripada sahabat hamba maka hamba pun ambillah dagangan itu taruh di darat serta hamba jualkan juga sebolehnya2 mana yang laku dan seperti opiun bagaimana hamba beli kepada Kapitan Kerniki demikian itulah hamba ambil maka daripada hal kapal Kapitan Long itu hamba muatkan lada lebih kurang empat ribu pikul maka hamba suruh berlayar ke China seperti kehendak Dato’ Gurnador dan kehendak sahabat hamba jikalau tiada suatu aradnya hamba suruh berlayar dalam dua puluh lima hari bulan Agust maka daripada hal dagangan ini mana yang tiada laku itu kemudian datang kapal Kapitan Kerniki hamba muatkan dagangan itu bawak pulang ke Pulau Pinang atau di dalam kici hamba beri pergi kemudian daripada itu maka hendaklah sahabat hamba beri mari rial dalam kapal Kapitan Kerniki barang lima belas ribu rial jangan tiada beri mari juga kerana hamba sangat kekurangan rial pada musim ini ahwal itulah hamba nyatakan kepada sahabat hamba maka tiadalah sesuatu cenderamata hanyalah doa fi al-lail wa al-ayyam tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment