Wednesday, June 3, 2020

Surat ikrar Nakhoda Faqir Sab (MS 40320/10, f.150) terima wang dari Francis Light (15 Rejab 1201, Tahun2 Zai, Khamis / 3 May 1787)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1201 tahun2 zai pada lima belas hari bulan Rejab hari Khamis bahawa pada ketika ini pada menyatakan adalah Nakhoda Faqir Sab membawa surat To’ Seri Maharaja Dewa pada Tuan Gurnador pinta rial 

maka sudahlah diserah tuan Gurnador rial diterima Nakhoda Faqir Sab banyaknya dua ribu lima ratus rial maka inilah dibubuh khat Nakhoda Faqir Sab dengan bahasa Keling dalam surat ini supaya jangan jadi qalqil dakwa meda’i pada kemudian harinya maka tatkala membuat surat ini saksinya takdur Husain Sab dan Nakhoda Kecik dan Khatib Lebai wa katibuhu Long tamat

No comments:

Post a Comment