Ya Qadiya al-hajat
Alamat saghirah fi kutub qitras daripada Tuan Pitang yang yang anak Tuan Raja Pedir dan Sahbandar Po Gedang kepada syaudara hamba yang halim la karim iaitu Kopitan Lat dan Kopitan Uskut yang berhiznah dalam Pulau Pinang amin
ada pun kemudian dari itu akan hal Tuan Pitang dan Syahbandar Po Gedang sangat berkehendak akan bedil meriam empat biji panjang tiga hasta dan sarungnya dan belurunya empat ratus dan dan rentaka sepubas sepuluh biji dan belurunya seribu dan senampang besar yang ada cekah empat biji dan belurunya empat ratus dan lela tembaga dua biji dan belurunya dua ratus dan lagi pula belurunya senampang dua ribu ada senampang pada dirinya beluru sahaja dan ubat bedil suatu kepa dan kerepai sepuluh biji dan bijau satu biji dan ajun senampang satu beluru senampang satu biji dan yang elok beluru meriam yang di dalam dan yang elok beluru rentaka dan yang elok beluru lida dan yang elok beluru senampang tuan kirim semuanya dengan bedil yang tersebut dengan kasih kopitan sangat kerana syaudara kita dalam berkelahi tiada harap akan orang yang lain melainkan akan kopitan jua sekarang ini tuan kirim bedil yang tersebut semuanya dengan dibubuh harganya barang yang ada harganya tuan kirim kepada maksud kehendak tuan dan lagi pula pekiriman hamba akan kopitan kuda dua biji dan pekiriman Syahbandar Po Gedang akan Kopitan Uskut kelah kambing sebiji kasih kopitan akan Tuan Pinang bersangat kerana ia dalam haru hara kerana dua puluh dua hari sudah sampai orang yang berkelai itulah jangan ada lagi lambat sehari kirim surat ini lima hari bulan kirim kopitan dengan dia tamat al-kalam bi al-khairi
Ada pun yang membawa surat ini ada besar yang tiada hamba ambil kerana tiada sampai kirim kopitan dengan kirim Syahbandar tiada sampai kata Syahbandar Po Gedang di puluh benggala sekati Aceh dua ratus kati Aceh sebahara Aceh dikehendak ambil oleh Syahbandar dengan kati Aceh tiada diberi oleh kopitan jangan sakit hati kopitan akan Syahbandar
No comments:
Post a Comment