Sunday, June 21, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.58) berkaitan perdagangan opium dan kain (Khamis, 16 Muharam 1203 / 16 Oktober 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan daripada mekukan  kasih berkasihan sahabat bersahabat kepada handai taulannya supaya kekallah selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang wa ba’dah 

kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan Nakhoda Labatak  itu kepada sahabat kita serta ada kain2 sedikit2 dibawanya hendaklah sahabat kita tolong jualkan barang berapa patutnya dan jikalau Nakhoda Labatak itu hendak mengambil opiun  atau kain2 putih melainkan dengan tolong sahabat kita jugalah punya bicara daripada tukar menukar dagangan itu dan lagi jikalau ada sakit sukarnya di dalam Pulau Pinang itupun sahabat kitalah punya bicara supaya boleh segera ia berlayar kembali kemudian suatupun tiada tanda hayat hanya kain Bugis sehelai akan barang gunanya tersurat kepada enam belas hari bulan Muharam hari Khamis tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanat 1203 H

No comments:

Post a Comment