Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang jernih iaitu daripada kepada Kapitan Cina Encik Tim yang di dalam negeri Selangor yang amat hina daripada sekalian orang barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada Tuan Senyur Gobernor yang memegang perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan dengan segala handai taulannya dengan mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah sudah nama yang kebajikan itu kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’d
kemudian daripada itu maka adalah kita melayangkan sekeping kertas dengan tiadalah sepertinya kepada Tuan Gobernor akan hal seperti tuan suruh pinta harga opiun yang sepeti kepada Kapitan Fores itu belum lagi ada harganya melainkan kemudianlah datang timah kita dari Perak kerana ada timah kita kepada Laksamana Perak ada empat lima puluh pikul datang timah itu barangsiapa ada suruhan tuan dari Pulau Pinang kepada dianyalah kita kirimkan atau kita suruh hantarkan sekarang ini kita sudahlah sedikit baharu kematian anak kita mati melainkan kita pintak tabik banyak2 kepada tuan janganlah tuan menaruh kuasa sebagai lagi akan harga beras yang kita ambil kepada Kapitan Farkins yang lima koyan dua ratus gantang itu telah sudahlah kita bayarkan kepada Kapitan Fores itu timah tujuh bahara sepikul dan di luar harga beras itu ada Kapitan Fores membeli timah kepada kita dua puluh lima bahara melainkan janganlah tuan was sangka kepada kita akan hal seperti timah mana yang ada keluar dari dalam Selangor serta dengan teluk rantaunya baik melainkan semuanya kita kumpulkan kita pulangkan kepada kompeni di Pulau Pinang kepada tuan sekaliannya sebagai lagi kita pintak tuan tolong bicarakan beras barang sepuluh koyan atau lebih barangsiapa tuan suruhkan dahulu mengantarkan beras itu hendak dibuat makanan orang bekerja timah tersurat kepada tiga puluh hari bulan Safar hari Jumaat intaha al-kalam sanat 1203 tahun Nasrani 1788
No comments:
Post a Comment