Tuesday, June 23, 2020

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.63) berkaitan pembunuhan Tuan Sayid Mahmud (Khamis, 23 Rabiul Akhir)

al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang yang tiada berputusan dan tiada berkesudahan daripada beta Raja Muda datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman pada memerintahkan segala pekerjaan dan berkasih kasihan dengan segala handai taulan bertolong tolongan lagi artawan  dan dermawan dan mengasihi segala dagang senteri tolong menolong dan mengasihani akan fakir miskin maka tergah masyhurlah wartanya pada segala negeri di atas angin dan baruh angin maka perangai yang demikian itu barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan

kemudian dari itu barang tahu sahabat beta adalah Tuan Sayid Mahmud ambil modal beta ada lebih kurang tiga ratus rial dan anak meriam tembaga dua pucuk dan rentaka besi dua pucuk dan senapang tiga pucuk dan istinggar sepucuk berlayar pergi ke Pulau Langkawi pada bulan Muharam itu maka diamuk anak perahu bunuh tuan itu serta teman2 tuan itu diambilnya perahu dengan senjata dan segala harta bawa lari kata berjupa dengan orang Aceh konon diambilnya perahu dengan senjata dan segala harta itu bawa pergi ke Pulau Pinang maka sahabat beta boleh khabar disuruh ambil perahu dan senjata dan segala harta itu daripada Aceh itu simpan taruh Aceh itupun sahabat beta suruh ambil bubuh dalam gedung gelab  taruh konon beta menengar khabar jika sungguh demikian itu besarlah penolong sahabat beta maka itulah beta menyuruh Lebai Ngah dan Qadir Muhyiddin mendapatkan sahabat beta pinta sahabat beta serahkan segala harta itu dan senjata mana yang ada boleh itu pada orang dua penyuruh beta itu serta dengan daftarnya bawa mari sampaikan pada beta dengan segeranya beta terima kasih daripada sahabat beta akan orang jahat yang yang  membunuh tuan itu jika boleh dengan penolong sahabat beta disuruh cahari ambil tubuhnya beri boleh jika ada boleh pinta sahabat beta suruh hantar mari dengan tegahnya  pada beta itulah dinyatakan pada sahabat beta tamat al-kalam perbuat surat hari Khamis tiga likur hari bulan Rabiul Akhir h

No comments:

Post a Comment