Thursday, June 18, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.53) berkaitan permintaan tukang besi, tukang kayu, besi dan beras (1202 / 1787/1788)

Nur al-Shams wa al-qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas iaitu daripada Duli Yang Maha Mulia yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Allah Tuhan kita sarwa sekalian alam kehadapan sahabat kita Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam bandar Pulau Pinang barang dipeliharakan Tuhan kita Malik al-Manan daripada serbai  fitnah dunia amin thumma amin 

adapun kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita akan hal Kapitan Wilson telah ada di Selangor mendapatkan kita maka sekarang sudahlah kita lepaskan dari Selangor kembali ke Pulau Pinang mendapatkan sahabat kita maka adalah timah sedikit banyak di dalam Selangor sudah kita berikan kepadanya dibawanya ke Pulau Pinang kepada sahabat kita sekarang kita minta tolong kepada sahabat kita tukang besi barang dua orang dan tukang kayu barang dua orang kerana kita ada kerja sedikit barang mana pinta belanjanya kepada sahabat kita melainkan kita beri kepadanya dan besi barang dua puluh pikul kita minta tolong antarkan  ke Selangor dengan tukang itu di dalam empat puluh hari dan tengah lima puluh hari sahadan  jikalau boleh tukang itu jikalau tiada boleh melainkan besi iapun janganlah sahabat kita antarkan ke Selangor dan beras pun sahabat kita tolong juga antarkan di dalam empat puluh hari dan lima puluh hari di dalam pada itu timah pun boleh juga di dalam Selangor kita bicarakan sedikit banyak intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam sanah 1202

No comments:

Post a Comment