Ini surat daripada tuan kita mari sampai kepada Komander Kapitan Yu baca lihat dalam surat ini
ada seorang datang dari Pedir maka hamba tanya khabar katanya Menteri Adan dengan Bentara Kemangan jadi perang konon maka panglima laut Po Kot Si Ali dalam laut dari Bataw sampai kepada Teluk Semawi ia duduk merampas konon maka dari Teluk Semawi dua buah perahu besar dua buah sagur empat lima pukat keluar hambat panglima laut maka panglima laut lari pergi duduk di Kuala Sangga maka dari Pulau Pinang lima buah kapal Inggeris datang dalam Pedir tiga buah di Kuala Burung dua buah kapal duduk berlabuh maka ia pinta beras hendak bawa ke Pulau Pinang maka khabar Pulau Pinang orang Belanda hendak pergi perang konon maka kata orang Pedir itu kepada kapitan kapal lima buah jika kapitan tolong kita maka kita mau beri beras maka kata kapitan itu apa mau tolong maka kata orang negeri itu tuan mau tolong sama kita jika kapal Raja Aceh mari tolong sama Menteri Adan maka tuan perang sama kapal itu inilah kita pinta tolong jika kapal raja itu mari berniaga sahaja jangan tuan2 perang maka khabar ini orang Arab mari dari Kuala Burung kata maka pendapat kita orang Inggeris tiada mau buat kerja itu kerana kita suatu salah pun tiada kepada orang Inggeris maka orang putih pun tiada mau buat kerja demikian maka hendaklah Kapitan Yu fikir baik2 dalam hati maka kapitan beri bicara nasihat jalan kebajikan baik akan kapitan kapal Inggeris itu sebermula adalah kita kirim meriam tembaga dua dan peluru lima ratus hendaklah Kapitan Yu terima ambil maka akan orang kapal itu kapitan beri bicara baik2 beri sejuk hatinya kerana kita tiada mau perang sama orang Inggeris kita perang sama rakyat kita orang dalam negeri teman kita sama orang Inggeris tiada kita mau perang demikianlah kapitan kata tuan kita Sayid tamat
No comments:
Post a Comment