Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Muda Teluk Semawi barang disampaikan Allah kiranya kepada pihak sahabat Gunnador Pulau Pinang setelah dipeliharakan Allah Ta’ala amin ya rabbal ‘alamin amma ba’d
ada pun kemudian dari itu barang sahabat maklumkan kiranya akan hal ahwal perbuatan Tengku Muda kirim kertas sekeping akan tuan kerana kapal Datuk Uskut dan kapal Tuan Sayit Hasan kedua itu sudah datang kapal Peransih sebuah kemudian datang kapal Datuk Uskut Kuala Keretai kerana sahabat kita tiada di teluk dan Kuala Keretai akhir sudah orang Peransih ambil di Kuala Keretai akan kapal Datuk Uskut sebagai lagi datang dia Peran ke Teluk Semawi akhir dia mintak kapal Tuan Syait Hasan hamba kata tiada jadi sebab kapal Tuan Syait Hasan di kata Peran kapal Datuk Uskut akhir dia ambil dengan keras kemudian hamba hendak lawan belum cukub kota akhir sudahlah dia ambil kapal Tuan Syait sahaja barang2 tinggal sebab orang putih mengata kapal Tuan Syait kemudian hendak lawan Peransih sudah teguh alat sekalian dia mintak sekalian hisi kapal tiada hamba beri dan orang putih kapitan dan malam tiada hamba beri sebagai lagi julung2 pun sudah dia ambil akhir diambil pinang sekalian dalam julung2 julung2 pun dia kasih akan hamba dan akan orang pun mita cam kata sudah tinggal dalam rumah kita sebagai lagi tuan kirim pertama2 opiun barang empat lima peti opiun besar dan larat barang empat lima pipir tuan bubuh harga bagi Pulau Pinang hamba takut datang2 kapal Peransih dengan segera2 jikalau ada tuan punya kapal perang dengan alat sekalian tuan sudah dengan segera2 kerana dia Peransih tiada banyak dan pinang pun sudah wasil banyak terhimpun lebih dengan kurang sekalian ada seribu laksa tuan beri kapal segera2 ke Teluk Semawi demikian tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment