Surat cit daripada diperhamba Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi masyhur pada segenap negeri asing pada jalan kebajikan
kemudian itu ahwal pada hari Khamis ini sampai surat tuan dibawa Syahbandar telah fahamlah perhamba segala tersebut di dalamnya pinta rial atawa timah maka itulah boleh rial tiga ratus rial perhamba serah beri pergi kepada Syahbandar lagi dalam perhamba tengah duduk menunggu barang yang boleh perhamba serah beri pergi pada barang siap2 maka ada lembu sampai sedikit Jaga2 tuan yang mari sudah keluar berlayar tiadalah berdan dengan kapitan2 itu ahwal itulah perhamba nyatakan perbuat cit pada tujuh likur haribulan Syawal pada hari Khamis tamat
No comments:
Post a Comment