Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2
ahwal adalah daftar baki hutang Tuan Sayyid Muhamad pada perhamba itu sudah perhamba beri pergi pada Tuan Gurnador pinta terima barang dagangan dibawanya ke Pulau Pinang itu maka sekarang perhamba dengar khabar Nakhoda Dol membawa timah tujuh belas bahara jual maka timah itu timah Tuan Sayyid Muhamad demikian lagi Tuan Sayyid Muhamad membawa sendiri dua puluh tujuh bahara khabarnya hendak bawa mari ke mari jika sampai ke Pulau Pinang pinta Tuan Gurnador terima ambil kesemuanya jadi wasil perhamba pada Tuan Gurnador maka harga timah pada Tuan Sayyid Muhamad perjanji dengan perhamba tiga puluh tujuh rial pada sebahara maka laba itupun pinta Tuan Gurnador pegang ambil jadi wasil perhamba ahwal inilah perhamba nyatakan pada Tuan Gurnador perbuat surat hari Khamis empat belas hari bulan Jamadil Awal tamat
No comments:
Post a Comment