Surat cit tulus ikhlas daripada kekanda paduka Seri Maharaja Lela sampai kehadrat adinda Senyur Gurnador memerintahkan di kota Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana
maka akan kain antelas tanah putih sekayu hadrat adinda beri mari dibawa anak kekanda itu To’ Hakim Raja Setia Muluk sampailah pada kekanda terima ambil dengan putih hati ikhlas mari daripada masa ada hayat adinda itu Siti Sabariah Cahaya Alam demikianlah adanya tiada berubah maka pesan hadrat adinda hendak berjumpa dengan kekanda ini terlebih lagi hajat kekanda hendak pergi tolong hadrat adinda mana kadar kekanda orang tuha ini dengan hal kerja Duli Yang Dipertuan tiada berani tinggal terlebih sudi fahamlah hadrat adinda selamanya hal kekanda ini maka adalah beras lembut suatu karung kecik kekanda beri pergi pada hadrat adinda tiadalah seperti tanda sepakat hati kekanda dan minyak sapi suatu takar dan akan anak kekanda To’ Hakim itu boleh hadrat adinda harap surat menyurat pun erti sudah biasa intaha al-kalam
Cit hari Isnin dua hari bulan Zulhijah
No comments:
Post a Comment