Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur perintah kebajikan pada segala tempat
maka adalah surat Tuan Gurnador beri mari itu telah sampailah pada perhamba pada hari Arba’ tujuh belas hari bulan Jamadil Awal maka tersebut di dalamnya itu fahamlah perhamba maka akan lembu sepuluh ekor diberi pergi dibawa Ismail itu sudah sampai pada Tuan Gurnador terima sudah maka inilah perhamba beri pergi lembu itu pula jantan sembilan ekor dan betina seekor jadi sepuluh ekor dibawa Ismail maka lembu yang lagi itu di dalam perhamba suruh pergi cahari beli bawa mari disuruh hantar tiadalah berputusan maka akan beras itu perhamba suruh beli himpun disuruh hantar di dalam dua tiga hari ini maka akan ayam itupun perhamba suruh pergi cahari jauh2 sudah ayam itu hendak dibeli dekat2 ini sudah tiada diboleh apakala boleh ayam itu perhamba suruh hantar pergi pada Tuan Gurnador maka akan opiun itu sudah perhamba beli baharu ini belum lagi dijual habis opiun itu maka dalam itu pinta Tuan Gurnador nyatakan mari harganya dengan harga yang serupa perhamba hendak suruh pergi ambil pada timbul bulan Jamadil Akhir itu maka inilah Nakhoda Tambi Kecik pergi perhamba suruh pinta Tuan Gurnador nyatakan pada nakhoda itu boleh perhamba ketahui harga opiun itu beri tentu pergi surat hari Khamis dulapan belas hari bulan Jamadil Awal tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment