Sunday, May 24, 2020

Surat cit Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/10, f.85) berkaitan penghantaran beras, padi dan ayam (9 Rejab 1201, Jumaat, 27 April 1787)

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan cit kehadrat qadam Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif 

ahwal itulah beras tengah empat koyan lima puluh tiga gantang dan padi empat koyan dua ratus gantang dan ayam besar2 seratus ekor hamba Dato’ muat dalam perahu besar beri pergi pinta qadam Dato’ suruh terima ambil maka perahu besar itu tiada boleh sampai ke tepi pinta dengan penolong qadam Dato’ suruh punggah ambil dengan sampannya ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan pergi surat sembilan hari bulan Rejab hari Jumaat tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment