Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam sekalian
kemudian dari itu barang tahu sahabat beta pada selikur hari bulan Syawal malam Sabtu ini adalah orang Bugis nama Nakhoda Mumak pelari budak2 beta dan orang yang berhutang ke bawah duli baginda nama Mek Busu semuanya lima orang kecik besar inilah beta suruh Mata Mata dan Bapu pergi nyatakan pada sahabat beta jika ada di Pulau Pinang itu pinta dengan penolong sahabat beta diambil segala orang itu beri mari dengan tegahnya kerana nakhoda itupun ada hutangnya pada beta khabarnya abang nakhoda ini ada di Pulau Jerjak duduk buat damar pinta dengan penolong sahabat beta dibubuh Bapu ini dalam Jaga2 sahabat beta ialah yang mengambil segala orang lari ini jika sampai ke nenggeri pun pinta sahabat beta suruh juga cari ambil orang jahat itu beri mari inilah beta menyatakan pergi surat ini pada selikur hari bulan Syawal tamat
No comments:
Post a Comment