Wednesday, May 27, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/10, f.110) berkaitan penghantara lembu, beras putih, minyak sapi dan samir (24 Zulakedah 1203, Tahun2 Ba / 16 Ogos 1789)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan pada ke bawah qadam Dato’ tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 

kemudian dari itu ahwal inilah hamba Dato’ beri pergi pada Kapitan Jaga2 lembu yang sudah masuk dalam daftar Dato’ dahulu lima ekor dan lembu baharu hamba Dato’ beli lima belas ekor dan beras putih seratus gantang dan minyak sapi tiga biji tepayan banyaknya tiga puluh gantang dan karung sepuluh dan samir dua puluh pinta qadam Dato’ suruh orang terima ambil lagi hamba Dato’ duduk cahari lembu beli himpun dan beras padi barang yang ada inipun pinta qadam Dato’ suruh orang mari terima ambil lain daripada itu barang yang qadam Dato’ pinta nyatakan mari boleh hamba Dato’ cahari beli himpun taruh maka hamba Dato’ pinta pada qadam Dato’ opiun yang baik barang sepuluh peti dan hamba Dato’ pinta pada Kapitan Uskut kapas lima puluh bandela lagi maka opiun dan kapas itu hamba Dato’ pinta dengan penolong qadam Dato’ muat beri mari akan harganya itu timah dan rial barang yang berkehendak qadam Dato’ itu hamba Dato himpun hantar pergi pada qadam Dato’ ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan perbuat surat empat likur haribu[lan] Zulkaedah pada sanah 1203 tahun2 ba tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment