Wednesday, May 27, 2020

Surat Saudagar Raja kepada James Scott (MS 40320/10, f.111) berkaitan penerimaan kapas (24 Zulkaedah 1203 Tahun2 Ba / 16 Ogos 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Kapitan Uskut yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

kemudian daripada itu ahwal dahulu perhamba beri pergi surat akan Kapitan Mas itu kapitan tiada khabarnya kapitan pergi ke Salang maka kapitan beri mari kapas kesemuanya lima puluh bandela sudah perhamba terima ambil maka ianya perhamba pinta pada kapitan kapas lima puluh bandela ke genap seratus bandela serta dengan daftar segala ambilan perhamba itu pinta kapitan salin tentukan beri mari maka harganya itu sudah ada timah sedikit2 lagi tengah perhamba duduk himpun jika sudah terhimpun boleh perhamba nyatakan pergi pada kapitan boleh kapitan suruh orang mari terima ambil jika boleh pinta kapitan tolong muat di dalam Jaga2 yang hendak mari terima beras padi itu hantar mari barang kehendak kapitan nyatakan mari boleh perhamba cahari beli himpun hantar pergi ahwal inilah perhamba takrifkan perbuat surat empat likur haribulan Zulkaedah pada sanah 1203 tahun2 ba tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment