Surat cit daripada Laksamana sampai kepada sahabat kita Kapitan Lat Dewa Raja
ahwal pinta sahabat beta suruh buat keris panjang macam ini dua pasang jangan beri bersalahan daripada macam ini besi baik sekali inilah dinyatakan tamat
Blog ini merupakan perkongsian transliterasi Koleksi Surat-surat Francis Light (SOAS MS40320) yang kini tersimpan di "Special Collection", Perpustakaan School of Oriental and African Studies. Ia mengandungi lebih 1200 dokumen yang sedang dalam proses transliterasi untuk dicetak hasil kerjasama pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dato Dr. Ahmad Murad Merican dengan Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS).
No comments:
Post a Comment