Nur al-Shams wa al-Qamar
Surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang amat hening dan jernih iaitu daripada Syahbandar Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada Senyur Gurnador Pulau Pinang serta Kapitan Uskut yang memerintahkan Pulau Pinang serta duduk dalam sihat dan afiat amin thumma amin wa ba’d
kemudian daripada itu barang mafhum kiranya Senyur Gurnador akan ahwal perahu pencalang sahaya yang dibawa oleh Encik Ismail serta modalnya dan senjatanya sekalian itu melainkan Senyur Gurnador serta Kapitan Uskutlah wakil mutlak sahaya menerimanya rial itu kerana harta itu harta isteri Tengku Panglima Besyar Tuan Sayid Jaafar itu itulah sangatlah keberatan sahaya sebab wang modal orang itu adalah surat Tuan Sayid Jaafar kepada Senyur Gurnador sama2 surat sahaya ini surat wakilkan kepada Senyur Gurnador juga itu maka melainkan sahabat sahaya tolong ambil modal serta perahu dan senjata sahaya Encik Ismail pun jangan diberi ke sana sini lagi kerana ia orang melainkan Senyur Gurnador terimalah ambil modal itu taruhlah di Pulau Pinang itu akan sahaya pun dalam bulan Zulkaedah ini juga belayar ke Pulau Pinang bersama2 Tuan Sayid Jaafar itu hendak bertemu dengan Senyur Gurnador itu tamat pergi surat kepada sepuluh hari bulan Zulkaedah hari Selasa tamat
No comments:
Post a Comment