Ya Aziz
Adinda Saudagar Raja maklumkan kehadrat kekanda Faqir Kandu yang aziz izzat Allah Ta’ala ‘ala al-dawam wa ba’d
dari itu ahwal adalah adinda beri pergi surat dahulu dua tiga pucuk akan kekanda maka tiada apa balas daripada kekanda dengan sebab apa pun tiada boleh adinda ketahui maka sekarang pun adinda melayangkan sekeping kertas pada kekanda maka adalah tuan Gurnador beri mari rial suruh adinda beli barang2 hantar pergi maka sudahlah adinda beli hantar pergi pada tuan Gurnador barang kehendak tuan itu maka daftarnya dan surat adinda hendak beri pergi pada Jaga2 tiada berdan kemudian adinda beri pergi pada Lebai adik Mirangkandu Kecik itu sampai pada tuan atau tiada sampai pun tiada boleh adinda ketahui maka sekarang tuan Gurnador beri mari pula surat pada Nakhoda Husna Marikan kehendaki daftar itu serta dengan lembu maka inilah daftar adinda salin beri pergi pula pada Nakhoda Husna Marikan pinta kekanda tolong bawa maklumkan pada tuan Gurandor maka akan lembu itu sudah adinda suruh beli jika sudah terhimpun boleh adinda nyatakan pergi pada kekanda boleh kekanda maklumkan pada tuan Gurandor suruh orang mari terima lembu itu demikian lagi barang kerja tuan Gurnador dan kerja kekanda di dalam Kedah ini pinta kekanda nyatakan mari boleh adinda kerjakan dengan sesungguh hati barang sedapat adinda ini ahwal inilah adinda maklumkan kehadrat kekanda perbuat surat hari Khamis dua belas haribulan Syawal tamat
No comments:
Post a Comment