Ya ‘Aziz
Adinda Seri Raja Syaudagar maklumkan ke hadrat kekanda Kapitan Laik Dewa Raja yang amat ‘aziz
adinda maklumkan ahwal yang kehendak hadrat kekanda itu sudah adinda maklumkan pada ke bawah cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka sudah titah dibenarkan seperti kehendak hadrat kekanda itu maka hendaklah hadrat kekanda silakan mari dalam dua bulan ini dengan tolong Allah dan RasulNya jayalah seperti kehendak hadrat kekanda itu sebermula akan segala kehendak hadrat kekanda hendak muafakat dengan segala syaudagar2 yang di Benggala itu tetapkan segala bicara itu hadrat kekanda silakan mari dengan segeranya ahwal inilah adinda maklumkan pergi surat pada sanah 1194 pada tujuh likur haribulan Muharam pada hari Khamis tamat dengan tolong Allah segala anak cucu hadrat kekanda kesemuanya ada dengan sejahteranya
No comments:
Post a Comment