Wednesday, May 20, 2020

Surat Po Cut Lambak kepada Francis Light (MS 40320/10, f.75) berkaitan perdagangan pinang dan lada (20 Rejab 1200, Selasa / 19 May 1786)

Wallahu yahdi wa ila tariq mustaqim

Surat cap daripada Po Cut Lambak barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala kiranya kepada sahabat senda yang duduk dalam daerah al-khair iaitu negeri Pulau Pinang

barang sahabat senda tahulah senda menyuruhkan sebuah perahu benjalang  kecil muatannya pinang awak  dengan lada maka inilah senda serahkan kepada sahabat senda Gurnado seperti perjan[j]ian  di dalam cap Gurunado Pulau Pinang yang sudah di dalam tangan senda yang membawa surat cap ini Nakhoda Po Batak tiada ada alamat al-hayat hanya burung tiung seekor diperbuat surat ini dua puluh haribulan Rejab yaum al-thalatha wa katibuhu Abdul Rahman katibu al-muluk intaha al-kalam

No comments:

Post a Comment