Ampun tuanku patik Paduka Raja hamba hina sembahkan cit ke bawah Duli Tunku Awi Yang Maha Mulia
patik maklumkan adalah tatkala beta balik dari Senggora ini dengar khabar Dato’ Kapitan Dewa Raja Gurnador sudah mari duduk di Pulau Pinang maka sangatlah hasyrat hati hendak berjumpa kerana sangat rindu akan Dato’ itu maka tatkala Duli Tunku hendak pergi itu patik nanti2 hendak ikut pergi sama maka Duli Tunku abelayar malam tiada patik ketahui jadilah tiada boleh mengiring pergi sama maka patik sudah pinjam suatu perahu duduk siapkan hendak pergi juga berjumpa sama Dato’ itu maka datang pula titah suruh patik naik pergi ke Padang Terab Pedu pergi sekat Patani banyak lari masuk ke dalam negeri kita ini maka tiadalah boleh patik pergi lagi insya Allah Ta’ala jika ada panjang lagi umur kemudian2 patik pergi juga berjumpa sama Gurnador sekarang ini patik pohonkan duli sampaikan salam patik serta kasih banyak2 sama Gurnador jika ada kasih Gurnador patik pinta beli sepucuk senapang yang baik hendak pakai sendiri akan harganya mana kata Gurnador tiada patik salahkan jika ada boleh barangkali Duli Tunku berangkat balik pohonkan dibawa mari sama bermula adalah Dato’ Gurnador itu ada sudah berjanji sama patik hendak beri cermin mata yang halus suatu akan patik jika ada Gurnador ingat lagi maka pinta Duli Tunku terimalah ambil sampaikan pada patik ahwal inilah patik maklumkan segala pesan dan sembah patik nyatalah pada jabar itu ‘izzat
No comments:
Post a Comment