Surat cit daripada adinda Saudagar Raja maklumkan kehadrat kekanda Nakhoda Kecik dan Faqiru Kandu yang aziz
ahwal itulah beras tengah empat koyan lima puluh tiga gantang dan padi empat koyan dua ratus gantang dan ayam besar2 seratus ekor adinda muat dalam perahu besar beri pergi pinta diteman penolong hadrat kekanda kedua terima sampaikan pada tuan Gurnador Pulau Pinang maka akan perahu itu adinda suruh baiki di Pulau Pinang kekanda kedua tolong beri minyak dan damar batu dan barang kekurangan itu akan harganya itu adinda kira bayar akan kekanda kedua ahwal inilah adinda maklumkan pergi surat sembilan haribulan Rejab hari Jumaat intaha al-kalam
sebermula akan perahu besar itu tiada boleh sampai ke tepi pinta teman penolong kekanda suruh terima ambil dengan sampannya inilah adinda nyatakan kehadrat kekanda kedua tamat
No comments:
Post a Comment