Sunday, May 24, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/10, f.84) berkaitan pembelian lembu, beras, padi, kapur dan papan cina (6 Jamadil Akhir 1201, Isnin, 26 Mac 1787)

Qultu

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan sembah kehadrat Dato’ tuan Gurnador yang mulia yang istirahat di Pulau Pinang 

ahwal surat daripada hadrat Dato’ dibawa Bapu dahulu itu telah sampailah pada hamba Dato’ dengan purnanya maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah hamba Dato’ maka sangatlah kasih sayang hadrat Dato’ akan hamba Dato’ ini suruh sesuatu kerja maka hamba Dato’ pun sangatlah kesukaan menerima kasih serta menerima suruh hadrat Dato’ maka di dalam hal itu hamba Dato’ beri rial pada segala tempat beli lembu lima puluh ekor dan beras sepuluh koyan dan padi sepuluh koyan dan kapur sepuluh koyan dan papan cina tebal tiga ratus dan ayam seribu di dalam ini lembu yang sudah terhimpun itu tiga puluh ekor sudah sampai ke kuala demikian lagi beras padi dan papan ayam itupun di dalam duduk berhimpun maka akan kapur itu pun di dalam orang bakar maka datang pula surat hadrat Dato’ dibawa nakhoda Isa tersebut dalamnya itu hadrat Dato’ tiada berkehendak lembu jantan kehendaki lembu betina maka lembu betina itupun lagi hamba Dato’ cahari beli hantar pergi demikian lagi padi beras dan papan ayam itupun hamba Dato’ hantar tiada berputusan apabila sudah habis hamba Dato’ hantar segala yang sudah dibeli itu kemudian hamba Dato’ pergi berkira2 dengan hadrat Dato’ serta boleh hamba Dato’ menerima rial barang yang hendak dibeli lagi itu maka segala kerja hadrat Dato’ suruh itu hamba Dato’ mengerjakan dengan kesukaan serta atas kuasa hamba Dato’ hanyalah kerja lembu itulah amat berat serta kesakitan tiada upaya hamba Dato’ sebab payah mencahari perahu dan teman maka sekarang pun hamba Dato beri pergi dalam sampan batil pertama2 beras dua koyan dan papan cina tebal enam puluh keping dan ayam seratus dan itik empat belas dan telur ayam dua ratus sekalian ini minta hadrat Dato’ terima ambil pada Nakhoda Bapu maka rial itu jangan hadrat Dato’ beri mari sekarang ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan perbuat surat enam hari timbul bulan Jamadil Akhir hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment