Sunday, May 17, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/10, f.31) berkaitan masalah beras yang kurang di Kedah (5 Jamadil Awal 1202, Selasa / 12 February 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

ahwal adalah surat sahabat beta beri mari pada enam likur haribulan Rabiul Akhir ini tersebut dalamnya sahabat beta minta beras belanja pada sebulan sepuluh koyan maka hal beras belanja itu sudah sahabat beta tentukan dahulu tiga koyan pada sebulan dalam beta suruh hantar pergi kerana beta sudah aku hendak beri barang bagaimana pun beta bicarakan juga pada hal padi bendang tahun ini sudah habis kering jika ada boleh pun sedikit sahaja boleh sahabat beta suruh orang mari lihat hal padi di dalam Kedah ini sangat kesakitan bolehnya maka ada padi dahulu sedikit2 beta suruh jadikan beras taruh maka datang Belanda penyuruh dari Melaka pinta beli dengan harga tinggi lalu beta juallah beras itu ambil rialnya buat belanja beri akan Syiam maka Belanda itu pinta beli beras itu banyak maka dengan sebab harga tinggi beta suruhlah cahari beli beras tiada boleh maka beras sedikit itulah boleh beta jual akan Belanda itu pada hal pencahari yang lain pun sudah tiada di dalam setahun dua ini dagang pun tiada masuk berniaga ke bandar Kedah ini akan belanja beta duduk beri akan Syiam itu tiadalah berputus hal itulah beta nyatakan pada sahabat beta maka akan beras belanja sahabat beta seperti yang sudah beta janjikan itu dalam beta suruh siapkan perahu hendak suruh hantar pergilah beras akan sahabat beta ahwal inilah nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat lima haribulan Jamadil Awal hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment