Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana
ahwal adalah surat tuan Gurnador beri mari itu telah sampailah pada perhamba maka tersebut dalamnya timah yang dibawa panglima Long Abbas itu hendak jual dengan harga lima puluh serial terima harganya hantar mari pada perhamba itu sangatlah kesukaan perhamba maka pada ketika sampai surat tuan Gurnador itulah perhamba balaskan beri pergi pinta tuan Gurnador suruh terima timah kesemuanya jual ambil harganya hantar mari dengan tentu daftarnya demikian lagi ada timah saudara perhamba itu bapu bawa mari di belakang lagi itupun pinta tuan Gurnador terima ambil dengan tentu banyaknya jual hantar mari harganya dan daftarnya ahwal itulah perhamba nyatakan pada tuan Gurnador pergi surat lima haribulan Ramadhan hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment