Qawluhu al-Haqq
Adinda Raja Lela Muda maklumkan pada hadrat kekanda Nakhoda Keci yang aziz al-karim amin ya rab al-‘alamin wa ba’d
kemudian dari itu takrif kiranya hadrat kekanda maka adalah pada bulan Rejab itu datang penyuruh Nakhoda Sentang bernama Nakhoda Ushuh mari pada adinda minta tebus sampan yang dilarikan orang Jawa itu maka adinda beri pada Nakhoda Ushuh sampan itu maka ini datang penyuruh Tuan Sayid itu pada adinda minta sampan itu maka inilah adinda maklumkan minta hadrat kekanda tunjukkan Nakhoda Sentang dengan Nakhoda Ushuh itu pada Tuan Sayid itu boleh tuan itu berkira2 dengan nakhoda itu ahwal inilah adinda maklumkan perbuat surat itu pada dua haribulan Syaaban hari Khamis tamat
No comments:
Post a Comment