Monday, May 18, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/10, f.60) berkaitan penjualan beras dan padi dan pembelian opium (9 Syawal 1203 / 3 Julai 1789)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2


kemudian daripada itu ahwal qadam Dato’ pesan mari pada Tok Raja Pahlawan Ali Khan suruh hamba Dato’ beli himpun taruh beras padi sudahlah hamba Dato’ beli himpun sudah ada hadir beras dua tiga puluh koyan dan padi dua tiga puluh koyan pinta qadam Dato’ beri mari Jaga2 suruh terima ambil maka timah dan lembu itupun tengah hamba Dato’ duduk himpun tatkala sudah terhimpun boleh hamba Dato’ beri pergi surat maklumkan pada qadam Dato’ suruh orang mari terima ambil boleh selesai hutang hamba Dato’ yang dahulu pada qadam Dato’ dan pada Kapitan Uskat  maka hamba Dato’ pinta pada qadam Dato’ opiun yang baik sepuluh peti dengan harga serupa sedikit serta hamba Dato’ pinta pada qadam Dato’ tolong muat di dalam Jaga2 yang qadam Dato’ beri mari terima beras padi itu hantar mari hamba Dato’ jual himpun timah dan rial hantar pergi selesaikan maka barang keraja  qadam Dato’ di Kedah ini kadar tanggungan hamba Dato’ pinta qadam Dato’ nyatakan beri mari surat boleh hamba Dato’ kerjakan dengan ikhlas putih hati hamba Dato’ maka adalah hamba Dato’ beri pergi buah menggusta seratus ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan izzat bertambah2 ‘ala al-dawam perbuat surat sembilan haribulan Syawal tamat

No comments:

Post a Comment