Qawluhu al-Haqq
Sanah 1198 tahun Alif pada tiga haribulan Rabiul Akhir pada ketika itu maka adalah Kapitan Laik Seri Dewa Raja waki[l]kan Kapitan Muda iaitu adik Janiku
maka diwakikan segala budaknya laki perempuan kesemuanya diserah beri pada Kapitan Muda serta rumahnya sebuah itupun diserah beri pada Kapitan Muda juga tatkala Kapitan Laik waki[l]kan ini dihadapan Dato’ Maharaja Diraja dan Orang Kaya Raja Jaya Indera dan Nakhoda Alang Penghulu Dagang dan Cik Ngah anak Penghulu Jemala dan Cik Deraman wa katibuhu Hakim Seri Bijaya Muluk Panglima Kota tamat
No comments:
Post a Comment