Alhamdulillah
Salam doa daripada Bendahara sampai kepada Syaudagar Marikankandu
ahwal maka adalah Long Ismail suruh siapkan tiga buah perahu pada Nakhoda Saraf dan Orang Kaya Itam dan Nakhoda Lebai Wahab hendak disuruh pergi ke sebelah timur serta mengikut teman2 yang sudah pergi lama2 itu maka longnya dititahkan duli baginda suruh naik pergi perintahkan dan jalan sebelah Patani maka tiadalah sempat ia beri berlayar maka perahunya sudah termuat beras maka hamba kira2kan hendak diberi berlayar juga maka keluar titah duli baginda disuruh himpun siapkan perahu hendak diberi pergi ke Salang di dalam bulan Rabiul Akhir itu maka hamba fikir jika diberi berlayar pergi ke sebelah timur kalau2 tiada dan balik di dalam dua bulan ini jadi murkalah duli baginda akan hamba serta hamba periksa teman2 yang hendak disuruh membawa perahu itupun kata ia sekalian tiada cakap balik di dalam dua bulan ini maka tiadalah jadi hamba beri berlayar maka inilah hamba suruh nakhoda2 ketika ini membawa beras ini pergi jualkan di Pulau Pinang itu karena ada juga konon orang Perak dan dagang2 yang hendak membeli beras maka itulah surat hamba sepucuk jika beri akan To' Gurnador itu boleh syaudagar bawa sampaikan pada To' Gurnador bersama2 nakhoda2 ketika ini dipinta ia tolong perintahkan disuruh nakhoda2 ini jualkan beras2 itu kepada dagang2 yang mau membeli beras kalau2 boleh dijualkannya dengan harga yang baik sedikit boleh ganjari lepas2 belanja teman2 jangan jadi rugi sudah terbelanja hendak disuruh berlayar pergi jauh haraplah hamba akan penolong sahabat hamba itu To' Gurnador daripada segenap perkaranya dibenar lepaskan ia berjual sendirinya da[ri]pada segala dagang2 itu menurut kesukaan hatinya supaya menambah masyhur kepujian disebut segala dagang2 nama sahabat hamba itu To' Gurnador ahwal inilah hamba nyatakan segala khabar dan pesan da[ri]pada hamba telah nyatalah kepada nakhoda ketika ini perbuat surat empat hari bulan Rabiul Awal hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment