Tuesday, May 26, 2020

Surat Saudagar Raja kepada James Scott (MS 40320/10, f.99) berkaitan dagangan kain dan penghantaran beras (9 Syawal 1203 / 3 Julai 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Kapitan Uskat yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

kemudian daripada itu ahwal surat Kapitan serta kain kada tengah kodi dan kain putih dua kayu dan kain khas berbunga tiga kayu sudahlah sampai pada perhamba maka kain itu perhamba pinta pada kapitan hendak berniaga cahari laba sekupang dua maka sekarang terlebih mahal daripada harga di dalam Kedah ini perhamba pinta barang dagangan yang kapitan hendak akan perhamba dengan kasih hati kapitan perhamba pinta dengan harga serupa sedikit boleh perhamba pun cahari laba sekupang dua dengan sebab kapitan maka ada perhamba beri pergi surat akan tuan Gurnador suruh Jaga2 mari terima ambil beras padi jika tuan Gurnador suruh Jaga2 mari ke Kedah perhamba pinta kapitan beri kapas yang baik tiga puluh bandela muat dalam Jaga2 itu hantar mari boleh perhamba jual hantar pergi harganya serta perhamba pinta kapitan beri mari lada barang sebahara dan kahwa sepikul perhamba hendak buat belanja maka adalah hadiah perhamba beri pergi manggusta enam puluh ahwal inilah perhamba nyatakan pergi surat sembilan hari bulan Syawal tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment