Tuesday, May 12, 2020

Surat Nenda Long Kandal kepada Francis Light (MS 40320/8, f.127) berkaitan lembu

Qawluhu al-Haqq

Salam doa daripada nenda Long Kandal datang kepada cucuda yang di dalam pelihara Allah Subhanahu wa Taala kiranya daripada pangkat yang kelebihan daripada sekalian darjat yang amat kemuliaan daripada sekalian alam barang ditatab akan Allah kiranya kepada pangkat Gunador selama2 amin ya rab al-‘alamin 

kemudian dari itu barang maklum cucuda ahwal lamalah nenda ini sudah kerana sebab mencari lembu ini sangat kesakitan yang amat payah itulah nenda beri pergi kepada Pandak itu syaudara senda wakil mutlak nenda suruh sampai pinatak cucuda beri balik dengan segeranya serta pintak cucuda balas surat nenda ini kerana dalam kesakitan besar suatupun tiada tanda hayat daripada nenda hanya doa siang dan malam tamat

No comments:

Post a Comment