Qawluhu al-Haqq
Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada kekanda Syahbandar Abdul Rahman barang disampaikan Allah apa kiranya kepada hadrat adinda Nakhoda Cik Sah yang teramat mulia amin ya Rab al-‘alamin wa ba’du
kemudian dari kepada itu ahwal maka itulah anakda itu Muhammad Ali kekanda suruh pergi mengadap hadrat adinda ke Pulau Pinang bawa perahu sebuah beri kepada hadrat adinda mana perintah adindalah akan perahu itu tiadalah kekanda salahi lagi jikalau ada rahim adinda kekanda minta tolong dagangan mana berkenan kepada anakda itu Muhammad Ali itulah adinda beri mari akan anakda itu Cik ha pun tiada lagi mari dari Salang berapa kekanda beri surat dua tiga pucu itupun tiada jua mari itulah kekanda nyatakan pergi surat ini kepada sembilan hari bulan Zulhijah hari Selasa tamat al-kalam
(Belakang surat)
(Belakang surat)
Qawluhu al-Haqq
Sanah 1206 tahun2 alif pada dua likur
haribulan Muharam hari Arba’ bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah
Syahbandar Abdul Rahman beri mari perahu sebuah sakar kepada Nakhoda Cik Sah
suruh jual maka oleh nakhoda Cik dijualnya sakar itu kepada tuan Gurnador Raja
Pulau Pinang dengan harga tiga puluh rial sudah diterima Nakhoda Cik Sah wa
katibuhu Hakim Bandar Pulau Pinang tamat
No comments:
Post a Comment