Thursday, May 28, 2020

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/10, f.114) berkaitan perdagangan opium (15 Rejab 1201, Khamis / 3 Mei 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 

kemudian dari itu ahwal itulah Nakhoda Tambi kecik perhamba beri pergi pada tuan pinta opiun sepuluh peti seperti opiun tuan berikan ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia opiun macam itulah pinta tuan tentukan harganya serahkan beri mari pada Nakhoda Tambi kecik itu buat surat pada lima belas haribulan Rejab hari Khamis tamat

No comments:

Post a Comment