Sunday, May 17, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/10, f.30) berkaitan penghantaran beras ke Pulau Pinang (Ahad, 6 Rabiul Awal 1202 / 16 Disember 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

ahwal adalah beta suruh budak beta nama Nakhoda Panjang Acheh bawa beras dalam sebuah sulab pergi ke Pulau Pinang dalam itu beras belanja sahabat beta2 beri pergi sepuluh koyan minta sahabat beta suruh terima maka akan harganya beras sepuluh koyan itu minta sahabat beta serah beri mari pada Nakhoda Panjang Acheh ini boleh sampai kepada beta maka barang yang lebih beras daripada sepuluh koyan itu beta suruh Panjang Acheh jualkan ikut harga di Pulau Pinang ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat enam haribulan Rabiul Awal hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment