Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia
hamba Dato’ maklumkan ahwal adalah To’ Raja Pahlawan Ali Khan mari nyatakan pada hamba Dato’ qadam Dato’ pesan suruh hamba Dato’ beli minyak sapi hantar pergi pada qadam Dato’ maka itulah minyak sapi suatu tepayan lebih kurang sepuluh gantang hamba Dato’ beri pergi pinta qadam Dato’ suruh terima ambil jika ada kasih serta rahim qadam Dato’ hamba Dato’ pinta tolong pada qadam Dato’ tali katan sebahara dan tali sabut sebahara dan kain katan layar dua tiga kayu dan kulit bumia suatu dan tali rami empat lima rial sekalian itu serah beri mari pada orang yang membawa surat ini hamba Dato’ hendak berguna mana harganya hamba Dato’ bayar akan qadam Dato’ telah haraplah hamba Dato’ akan penolong qadam Dato’ beri mari dengan segeranya ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan pergi surat hari Jumaat dua puluh hari bulan Rabiul Awal tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment